Monday, 30 July 2012

Salam Ramadhan untuk semua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti selalu, maaf, dah lama tidak menulis, apa-apapun saya ingin pembaca melihat satu perkara yang agak penting  dalam pelaburan emas iaitu  SPREAD.  Untuk memahami spread, kita juga perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan WE SELL dan WE BUY.

Maksud WE SELL dan WE BUY.

Apabila kita ingin membeli emas katakan  produk Public Gold. Kita akan membeli dengan harga We Sell,( Public Gold menjualnya dengan harga 'We Sell') dan sekiranya kita ingin menjualnya pada masa yang sama,kita akan menjual dengan harga We buy (Public Gold akan membelinya dengan harga 'We Buy').




Maksud SPREAD.

Spread bermaksud perbezaan antara harga jual emas dan harga beli emas. Jika anda lihat pada Public Gold Price di laman web www.publicgold.com.my, dipaparkan harga 'We Buy' dan 'We Sell'. Perbezaan harga tersebutlah yang dikatakan spread...
Untuk memaksimakan keuntungn kita perlulah bijak memilih syarikat manakah yang menawarkan spread yang paling rendah. Pada saya Public Gold merupakan salah satu syarikat terbaik  yang mempunyai spread yang rendah. Selain memilih syarikat yang menawarkan spread yang rendah, jenis emas itu sendiri mempunyai spread yang tersendiri.


Bagaimana mengira Spread:-



                                 Harga jual (PG sell) - Harga beli (PG buy) x 100
                                                      Harga jual (PG sell)

Sekarang mari kita  lihat Berat emas  dan jenis emas dengan spreadnya.

Lihat jadual di bawah mengenai spread emas Public Gold.

JADUAL HARGA  PADA SELASA 31/07/2012 (11.16 AM)


Berdasarkan jadual yang dilampirkan spread memainkan peranan penting kerana Ia memberikan anda lebih banyak pilihan jualan semula dan menjana keuntungan pelaburan.

Contohnya, sekiranya saya diberi pilihan antara membeli 10g goldbar 999.9 dan 1 dinar. Saya akan lebih memilih 1 dinar.
Kenapa ya? Sebab susut nilai yang lebih rendah dan potensi pulangan pelaburan yang lebih baik. Saya turut mempunyai lebih banyak pilihan samada menjual semula kepada Public Gold secara "buying price" atau menjual kepada pelanggan secara "selling price". Ini pilihan yang wujud dalam situasi harga emas sekarang.

Berbanding sekiranya saya memilih 10g goldbar 999.9, saya terpaksa menunggu sehingga harga mencecah 10% untuk medapat kembali modal asal dan hanya mempunyai satu sahaja pilihan iaitu jualan semula kepada pelanggan secara "selling price" yang kadangkala harganya akan ditekan pelanggan dan kecenderungan merasa pelaburan emas tahun 2012 tidak berbaloi lebih tinggi.

Justeru, dalam situasi sekarang pertimbangan "spread" adalah penting dalam pelaburan jangka masa pendek. Ini bagi memastikan anda mendapat pulangan pelaburan yang memberansangkan dan pilihan yang lebih terbuka. 
Akhir kata, Selamat Menunaikan ibadah puasa - jangan lupa hubungi saya untuk nasihat dan pembelian emas   Kak Umi (Master Dealer Public Gold  tel : 013-2452406)

No comments:

Post a Comment