Maaf, dah lama tak menulis dalam blog, sebuk sangat dengan tugasan awal tahun di-samping beberapa masalah lain yang perlu diutamakan. Penulisan kali adalah berdasarkan pengalaman saya dalam bidang ini, semasa saya mula melibatkan diri dengan pelaburan emas, saya kurang arif dan selalu bertanya kepada senior yang pakar dalam bidang emas …pernah membeli emas pada harga kemuncak kerana dinasihatkan oleh beberapa pakar bidang emas yang mengatakan beli saja emas, jangan bimbang zaman Firaun pun mereka beli emas tanpa tengok graf….emas tetap naik . Memang benar emas tetap naik dalam jangka masa panjang tetapi apabila kita membeli pada masa kemuncak ….. kesannya sangat perit bila tiba-tiba harga emas jatuh kerana kita kena tunggu lama untuk menjual emas kita. Dengan penerangan ini diharap pembaca tidak membuat kesilapan dalam pelaburan emas.
Apapun kali ini saya ingin mengajak pembaca melihat satu perkara yang cukup penting dalam pelaburan emas iaitu bila masa kita patut beli.Sebagai contoh saya gunakan statistik bulan januari 2012. Sila perhatikan statistik dibawah mengenai kenaikan harga emas dalam 30 hari. Hebat kan! Jangan tak percaya. Ini yang dikatakan timing dalam pelaburan emas, timing mestilah tepat. Jangan tersalah timing dengan membeli pada waktu kemuncak . Dalam mana-mana pelaburan pun kita kena bijak bertindak.
Berdasarkan graf telah membuktikan kebenaran. Harga emas telah meningkat sekitar 10.48% dalam masa sebulan. Perhatikan dan fahami dengan lebih baik istilah timing dalam pelaburan. Ini kerana jika anda perhati dan telitikan harga emas telah jatuh mendadak sebelum Krismas tahun lalu dan sebenarnya itulah masa yang terbaik untuk membeli emas. Bukankah lebih baik anda membeli pada masa rendah pada ( 02 Jan 2012 - 1562 USD ) dan jual semula emas anda harga yang lebih tinggi umpamanya pada 02 feb 2012 di mana emas berada pada 1759 USD (kenaikan sebanyak 12.6% dalam masa satu bulan). Anda semestinya memperolehi keuntungannya hari ini jika anda telah bertindak sebulan yang lepas. Kenaikan harga emas ini telah dapat mengatasi dividen ASB, KWSP, Tabung Haji mahupun saham amanah yang lain bukan? …
Saya seperti juga anda akan belajar dari kesilapan masa lampau, Apapun masa yang lepas usah dikenang. Belajar, dan teruslah mencari ilmu dalam bidang ini sehingga kita mencapai kejayaan. Hubungi saya untuk pembelian dan nasihat pelaburan emas anda….. 013-2452406…. Semoga suksess selalu….
No comments:
Post a Comment