Monday, 30 July 2012

Salam Ramadhan untuk semua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti selalu, maaf, dah lama tidak menulis, apa-apapun saya ingin pembaca melihat satu perkara yang agak penting  dalam pelaburan emas iaitu  SPREAD.  Untuk memahami spread, kita juga perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan WE SELL dan WE BUY.

Maksud WE SELL dan WE BUY.

Apabila kita ingin membeli emas katakan  produk Public Gold. Kita akan membeli dengan harga We Sell,( Public Gold menjualnya dengan harga 'We Sell') dan sekiranya kita ingin menjualnya pada masa yang sama,kita akan menjual dengan harga We buy (Public Gold akan membelinya dengan harga 'We Buy').




Maksud SPREAD.

Spread bermaksud perbezaan antara harga jual emas dan harga beli emas. Jika anda lihat pada Public Gold Price di laman web www.publicgold.com.my, dipaparkan harga 'We Buy' dan 'We Sell'. Perbezaan harga tersebutlah yang dikatakan spread...
Untuk memaksimakan keuntungn kita perlulah bijak memilih syarikat manakah yang menawarkan spread yang paling rendah. Pada saya Public Gold merupakan salah satu syarikat terbaik  yang mempunyai spread yang rendah. Selain memilih syarikat yang menawarkan spread yang rendah, jenis emas itu sendiri mempunyai spread yang tersendiri.


Bagaimana mengira Spread:-



                                 Harga jual (PG sell) - Harga beli (PG buy) x 100
                                                      Harga jual (PG sell)

Sekarang mari kita  lihat Berat emas  dan jenis emas dengan spreadnya.

Lihat jadual di bawah mengenai spread emas Public Gold.

JADUAL HARGA  PADA SELASA 31/07/2012 (11.16 AM)


Berdasarkan jadual yang dilampirkan spread memainkan peranan penting kerana Ia memberikan anda lebih banyak pilihan jualan semula dan menjana keuntungan pelaburan.

Contohnya, sekiranya saya diberi pilihan antara membeli 10g goldbar 999.9 dan 1 dinar. Saya akan lebih memilih 1 dinar.
Kenapa ya? Sebab susut nilai yang lebih rendah dan potensi pulangan pelaburan yang lebih baik. Saya turut mempunyai lebih banyak pilihan samada menjual semula kepada Public Gold secara "buying price" atau menjual kepada pelanggan secara "selling price". Ini pilihan yang wujud dalam situasi harga emas sekarang.

Berbanding sekiranya saya memilih 10g goldbar 999.9, saya terpaksa menunggu sehingga harga mencecah 10% untuk medapat kembali modal asal dan hanya mempunyai satu sahaja pilihan iaitu jualan semula kepada pelanggan secara "selling price" yang kadangkala harganya akan ditekan pelanggan dan kecenderungan merasa pelaburan emas tahun 2012 tidak berbaloi lebih tinggi.

Justeru, dalam situasi sekarang pertimbangan "spread" adalah penting dalam pelaburan jangka masa pendek. Ini bagi memastikan anda mendapat pulangan pelaburan yang memberansangkan dan pilihan yang lebih terbuka. 
Akhir kata, Selamat Menunaikan ibadah puasa - jangan lupa hubungi saya untuk nasihat dan pembelian emas   Kak Umi (Master Dealer Public Gold  tel : 013-2452406)

Sunday, 12 February 2012

BILA MASA KITA SEPATUTNYA MEMBELI.

Maaf, dah lama tak menulis dalam blog, sebuk sangat dengan tugasan awal tahun di-samping beberapa masalah lain yang perlu diutamakan. Penulisan kali adalah berdasarkan pengalaman saya dalam bidang ini,  semasa saya mula melibatkan diri dengan pelaburan emas, saya kurang arif dan selalu bertanya kepada senior yang pakar dalam bidang emas …pernah membeli emas pada harga kemuncak kerana dinasihatkan oleh beberapa pakar bidang emas yang mengatakan beli saja emas, jangan bimbang  zaman  Firaun pun mereka beli emas tanpa tengok graf….emas tetap naik . Memang  benar emas tetap naik dalam jangka masa panjang tetapi apabila kita  membeli pada masa kemuncak ….. kesannya sangat perit bila tiba-tiba harga emas jatuh  kerana kita kena tunggu lama untuk  menjual emas kita. Dengan penerangan ini diharap pembaca tidak membuat kesilapan  dalam pelaburan emas.
 Apapun kali ini saya ingin mengajak pembaca melihat  satu perkara yang cukup penting dalam pelaburan emas iaitu  bila masa kita patut beli.Sebagai contoh saya gunakan statistik bulan januari 2012. Sila perhatikan statistik dibawah mengenai kenaikan harga emas dalam 30 hari.  Hebat kan! Jangan tak percaya.  Ini yang dikatakan  timing dalam pelaburan emas,  timing  mestilah tepat. Jangan  tersalah timing dengan membeli pada waktu kemuncak . Dalam mana-mana pelaburan pun kita kena bijak bertindak.




Berdasarkan graf  telah membuktikan kebenaran. Harga emas telah meningkat sekitar 10.48% dalam masa sebulan. Perhatikan dan fahami dengan lebih baik istilah timing dalam pelaburan. Ini kerana jika anda perhati  dan telitikan harga emas  telah jatuh mendadak  sebelum Krismas tahun lalu dan sebenarnya itulah masa yang terbaik untuk membeli emas.  Bukankah  lebih baik anda  membeli pada masa rendah  pada ( 02 Jan 2012 - 1562 USD ) dan  jual semula emas   anda harga yang lebih tinggi umpamanya pada  02 feb 2012  di mana emas berada pada 1759 USD (kenaikan sebanyak  12.6% dalam masa  satu bulan).  Anda semestinya memperolehi keuntungannya hari ini jika anda telah bertindak sebulan yang lepas. Kenaikan harga emas ini telah dapat mengatasi  dividen ASB, KWSP, Tabung Haji mahupun saham amanah yang lain  bukan? …
Saya seperti juga anda akan belajar dari kesilapan masa lampau, Apapun masa yang lepas usah dikenang. Belajar, dan teruslah mencari  ilmu dalam bidang ini  sehingga kita mencapai kejayaan. Hubungi saya untuk  pembelian  dan nasihat  pelaburan emas  anda….. 013-2452406…. Semoga suksess selalu….

Wednesday, 4 January 2012

STRATEGI 5B UNTUK PELABURAN EMAS DAN PERAK

 Ini merupakan petikan dari strategi 5B yang diperkenalkan oleh Pokli dan akan saya ulas minggu berikutnya.

Apa itu Strategi 5B?
Strategi 5B adalah satu strategi khusus untuk pelabur Emas & Silver keluaran Public Gold dimana ianya merangkumi 5 kaedah unik yang telah dipermudahkan bagi kefahaman dan penguasaan menyeluruh bagi semua lapisan masyarakat dan peringkat usia.
2- Apakah kaedah-kaedah unik tersebut?
Ianya adalah kaedah untuk mengenalpasti;
- Bila Nak Beli
- Bila Nak Jual
- Berapa Banyak Nak Beli
- Berapa Banyak Nak Jual
- Bila Nak Beli Semula
3- Apakah manfaatnya mengetahui kelima-lima kaedah ini?
Dalam pelaburan Emas & Perak fizikal, saya mengkategorikan konsep pelaburannya kepada 4 bahagian, iaitu :

Konsep pelaburan melalui simpanan secara berkala dan konsisten, pulangannya melalui Pemurataan Nilai Ringgit (Dollar Cost Averaging).
Konsep pelaburan bermatlamat, pulangannya melalui kenaikan nilai semasa (Capital Gain).
Konsep Trading, pulangannya melalui kenaikan harga semasa (Buy Low, Sell High).
Konsep pelaburan melalui modal pinjaman tunai, pulangannya melalui Pemurataan Nilai Ringgit (Dollar Cost Averaging).

Dalam kebanyakan masa, para pelabur lebih cenderung kepada Konsep Trading, kerana cara ini memberikan Aliran Tunai yang baik dan juga memberikan keuntungan dalam jangkamasa pendek dan sederhana.

Saya sendiri dalam kebanyakan masa mempraktikkan konsep ini. Namun masalah yang dihadapi oleh para pelabur lain adalah mereka gagal meraih keuntungan daripada konsep ini kerana bila mereka mula membeli, harganya tiba-tiba turun pula disebabkan mereka tidak tahu "Bila Nak Beli".

Ada yang membeli pada harga rendah, dan apabila harga Emas naik, sepatutnya mereka dah untung jika mereka menjualnya, tapi tak sempat jual harga dah turun semula disebabkan mereka tak tahu "Bila Nak Jual".

Lebih parah lagi, kegagalan mengurus modal kewangan untuk mempraktikkan konsep ini, akan menyebabkan mereka tidak tahu "Berapa Banyak Nak Beli". Justeru, bila harga Emas tiba-tiba turun, belian pertama dengan amaun yang paling bayak digadaikan dan digunakan untuk membuat belian tambahan ketika harga rendah. Bila turun lagi, ia digadaikan lagi menyebabkan lama kelamaan belian pada harga paling rendah semakin kecil. Ini membuatkan pelaburan Emas fizikal yang sepatutnya tidak menggunakan Margin Equity, kini menjadi pelaburan yang menggunakan Margin Equity dan setiap kali harga Emas turun, Equity mereka semakin susut!

Kegagalan mengurus modal kewangan dalam konsep ini juga mengakibatkan ramai yang tidak tahu "Berapa Banyak Nak Jual". Biasanya mereka akan menjualkan kesemuanya sekaligus, dan kesannya mengakibatkan persoalan pada B yang ke lima iaitu;

"Bila Nak Beli Semula", kerana bila semuanya telah dijual, dan harga terus menerus naik, maka mereka bukan sahaja tiada untung jika ingin membeli lagi, bahkan mereka perlu menambah wang lagi untuk membeli dalam kadar yang sama seperti sebelumnya.

Bukan itu sahaja, "Bila Nak Beli Semula" juga sangat mengelirukan dalam situasi harga Emas sedang turun. Kebanyakan pelabur membeli semula setiap kali harga Emas turun RM1, RM2 dan RM3, menjadikan bila harga menjunam turun sampai RM50, mereka dah kehabisan modal untuk membeli lagi.

4- Adakah kaedah 5B ini sama seperti Analisis Teknikal?

Tidak sama sekali. Dalam menganalisis pasaran, ada 4 perkara yang perlu dikuasai, iaitu;
Analisis Teknikal
Analisis Fundamental
Pengurusan Kewangan
Pengurusan / Kawalan Emosi
Dalam strategi 5B ini, keempat-empat perkara diatas telah dipermudahkan dan dicompile menjadi satu Strategi Taktikal yang amat mudah difahami dan dikuasai hanya menggunakan beberapa formula pengiraan sahaja.

Dengan strategi ini juga, semakin banyak harga Emas turun, maka semakin banyak keuntungan yang diperolehi menyebabkan pelabur yang mempraktikkan strategi ini tidak akan risau dengan penurunan harga kerana ianya adalah bonus untuk keuntungan yang lebih banyak.

Strategi ini sesuai dan menguntungkan baik untuk Dealer ataupun bukan Dealer, tetapi avantage kepada Dealer kerana % komisyen yang diperolehi akan memberikan keuntungan yang lebih tinggi.