Sunday, 11 December 2011

MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN 13 ~ 15 OKT 2011

PROMOSI  AKHIR TAHUN RANGKAIAN EMAS TAIPING

HINGGA  20 DISEMBER 2011

NEW DEALER  - HADIAH  RM.100.00
PRIORITY DEALER - HADIAH RM 500.00 

 

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas.
Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:

Syarat Umum Jual Beli

1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu  pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.

Pihak Yang Berakad

2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:

i. Baligh, berakal dan rasyid

Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.

ii. Keredhaan

Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.

iii. Harga Belian (al-Thaman)

3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.

iv.  Barang Belian (al-Muthman)

4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleyang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.
6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:

i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.

ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.

iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999).
Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.

Sighah

7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.

8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.

9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi

5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu  dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:

i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.

ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.
Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.

Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:

Syarat Pertama: Taqabudh

11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c. Pembayaran secara cek peribadi
d. Pembayaran secara kad debit
e. Pembayaran secara kad kredit
f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.
Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.
Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.

13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.

14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.
Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.

Syarat Kedua: Secara Lani

15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.

16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang
secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.

17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari.
Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.
Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.
Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:
Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:

i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.

ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.

iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.

iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.
Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.

Akad Dan Unsur Sampingan

18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.

19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.

20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.

21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.

22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

Saturday, 26 November 2011

HARGA TURUN NAIK - PELUANG PELABURAN JANGKA PENDEK

Apakah teknik yang sesuai digunakan semasa harga turun naik dengan cepat. Teknik yang patut digunakan ialah beli masa harga rendah dan jual masa  harga tinggi. Ini yang dikatakan keuntungan jangka pendek dalam pelaburan emas. Untuk melakukan teknik ini ada perlu membeli jenis emas yang sesuai dan cepat naik seperti 1 dinar. Sila lihat harga beli hari ini. Harga belian  dari Public Gold  ialah Rm 764.00  dan harga jualan kepada public gold pula ialah 718 (bezanya cuma Rm 46.00). Pada 14 hingga 18 november harga jualan pada public gold 1 dinar mencecah  lebih dari Rm 750.00. Jadi kita tidak perlu menunggu 6 bulan untuk mendapat untung, tidak lama lagi harga we buy atau jualan balik kepada public gold akan mencecah Rm 784. 00 ataupun lebih. Masa ini anda jual saja dinar  tersebut dan ambil untung ulangi proses ini bila harga rendah simpan sekejap bila naik lebih  jualkan.









 Mari kira untungnya:-

Sebagai New Dealer
26/11/2011  - beli  20 dinar = 20 x 764  =Rm 15280.00

26/12 katakan harga Rm 784 = 20 x 784 = Rm 15680.00
keuntungan = Rm 400.00 + komisen atas jualan dan komisen atas belian

Bagi seorang  new dealer komisen atas belian ialah 1% dan komisen atas jualan ialah  0.5%

1% atas belian   =  Rm 152.80
0.5% atas jualan = Rm   78.40

Keuntungan Anda ialah  Rm 400.00 + Rm  152.80 + Rm 78.40   = Rm 631.20

Sebagai  Priority Dealer

1.5% atas belian   =  Rm  235.20
0.5% atas jualan   =   Rm   78.40

Keuntungan Anda ialah  Rm 400.00 + Rm  235.20 + Rm 78.40   = Rm 713.60

Sebagai  Master Dealer

2%  atas belian      =  Rm  313.60
0.5%  atas jualan   =   Rm   78.40

Keuntungan Anda ialah  Rm 400.00 + Rm  313.60 + Rm 78.40  = Rm 792.00

Jadi  mari segera menjadi dealer di bawah rangkaian emas taiping, saya akan membimbing anda supaya mendapat keuntungan dengan perniagaan emas ini.

ps***Kalau emas turun harga jangan jual ; kalau perlu duit pajak /Arrahnu saja rantai iseries (rujuk artikel emas mana yang patut dibeli). Oleh itu saya seringkali menasihati pembeli emas supaya turut membeli rantai iseries selain boleh digunakan sebagai perhiasan ia juga bertindak sebagai kad kredit yang boleh digunakan semasa kecemasan. Keuntungan dan kerugian dalam perniagaan emas berlaku  apabila proses jual beli berlangsung. Selagi emas ditangan kita, tidak ada kerugian berlaku..anda boleh  Arrahnukan emas tersebut. selamat melabur. hubungi saya segera   013-2452406.

Monday, 14 November 2011

DINAR DAN HAJI

Hari ini saya ingin  membicarakan bagaimana memanafaatkan Dinar      emas untuk  mengatasi masalah kenaikan harga menunaikan Fardhu  Haji atau Umrah yang setiasa meningkat saban tahun.Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka  yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak  memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam).”

Dengan mengumpulkan dinar sebagai simpanan untuk mengerjakan haji, kita akan dapat melihat bahawa setiap tahun kos menunaikan haji dalam bentuk Dinar Emas akan menurun, seterusnya anda akan dapat lebihan untuk kegunaan lain mungkin dapat membawa Isteri dan anak anda sekali...

INI BERLAKU KERANA NILAI EMAS SENTIASA NAIK!!!

CUBA LIHAT MELALUI KIRAAN  INI:-

1. Dengan membuat andaian pada tahun 2002 kos mengerjakan haji RM10,000++, mari kita lihat kebenarannya:

Tahun 2002:-

1 Dinar = RM140
Kos Haji = 72 kepingX RM140
Jumlah = RM10080.00
Dinar yang diperlukan adalah 72 keping.

Tahun 2011 (Rujuk Jadual):-

1 Dinar = RM 810
Kos Haji = 13 keping (rujuk jadual) X RM 810
Jumlah = RM10530.00
Dinar yang diperlukan adalah 13  keping sahaja.
HARGA DINAR  PADA 10.00 Pagi 15/11/2011


Kos Haji pada (tahun 2002- 2011) diandaikan  sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!

APAKAH  BEZA  SIMPANAN  TABUNG HAJI   DENGAN MEMBELI DINAR

1. Biarkan di Tabung Haji  (dari tahu 2002) - andaian 8% setahun

Jumlah keuntungan anda pada tahun 2011:-
    RM 18,656.00( 8 % setiap tahun dari 2002-2011) 
 – RM 10,530.00 (andaian pakej haji tahun 2011) 
=  RM 8,126.00 (lebihan)



2. Beli Dinar pada tahun tersebut (tahun 2002) - anda akan dapat 72 dinar

Jumlah keuntungan anda pada tahun 2011:-
    
    RM 58,320.00(nilai Dinar pd tahun 2011 = 72 x 810)
 – RM 10,530.00 (andaian pakej haji tahun 2011) 
=  RM 47,790.00 (lebihan)


Jumlah baki kepingan Dinar anda pada tahun 2011 :-
RM47790 /RM810.00 = 59 keping.

LEBIHAN  ANTARA DINAR DAN SIMPANAN TABUNG HAJI :-

RM 47,790.00 - RM 8,126.00  = RM 39,664.00

KESIMPULAN:-
Dengan membuat andaian Kos untuk mengerjakan Haji hampir sama setiap tahun tetapi jumlah Dinar yang diperlukan menurun.Ini kerana harga emas setiap tahun mempunyai peningkatan sebanyak 30-39% p.a.
AYUH SEGERA, APA DITUNGGU LAGI ..
MARI KITA MULA MENGUMPUL DINAR,
MULAKAN DENGAN 1 DINAR,
JANGAN LUPA HUBUNGI  KAMI UNTUK BELIAN :
UMI 013-2452406, HAJI ALI 013-5812406
TERIMA KASIH .. JUMPA LAGI

Thursday, 3 November 2011

EMAS YANG MANA PATUT DIBELI.....

Semasa saya mula melibatkan diri dengan perniagaan emas dan perak saya tidak tahu emas mana yang patut dibeli, namun pengalaman, pemerhatian dan kajian mengenai emas maka saya mula mengenali jenis dan emas yang manakah patut dibeli.
Pemilihan jenis dan berat emas yang hendak dibeli adalah bergantung kepada matlamat pelaburan dan tujuan penggunaanya di samping itu keadaan ekonomi kita sendiri juga perlu diberi perhatian.
Semua  faktor ini perlu diambilkira semasa membuat pilihan jenis emas dan  sudah tentu faktor ini berbeza diantara satu individu dengan individu yang lain. Berikut adalah produk keluaran public gold  dan  cadangan pembeliannya :

EMAS
1- Emas Bar 999.9 ~ 10g, 20g, 50g, 100g dan 250g.

Emas Bar ataupun Gold Bar lebih sesuai dipilih bagi tujuan pelaburan dalam tempoh masa pertengahan ( Mid Term ) iaitu sekitar 1-2 tahun. Sebagai contoh, katakan anda mempunyai simpanan tunai  Rm 10,000.00 dan ingin digunakan untuk membayar deposit kereta  dalam masa 2 tahun dari sekarang, maka adalah sesuai wang  tersebut digunakan untuk membeli Gold Bar seberat 20g.

Dengan membeli emas seberat 50g dengan pecahan variasi 20g x 2 dan 10g x 1 berbanding 50g x 1 dengan membuat perkiraan sekiranya berlaku kenaikan harga emas sebanyak 25% setahun, maka kenaikan selama 2 tahun adalah 50%, dan pada ketika beliau hanya perlu menjualkan emas 20g x 1 dan 10g x 1 sahaja untuk mendapatkn tunai sebanyak RM10,000.00 yang ingin digunakannya. Dengan cara ini, beliau masih mempunyai sekeping emas 20g dalam simpanannya yang telah meningkat nilai sebanyak 50% dan ianya boleh digunakan pada masa akan datang bagi tujuan penggunaan yang lain pula. Berbanding jika beliau membeli hanya sekeping 50g, pemilihan seperti ini lebih menguntungkan lagi.


2- Emas Dinar 916 ~ 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar.

Dinar Emas lebih sesuai digunakan sebagai simpanan dan penggunaan bagi keperluan semasa, sekiranya ada lebihan wang, maka adalah lebih berfaedah jika wang tersebut ditukar menjadi Dinar emas, sebaiknya 1 dinar .

Pada bila-bila masa sekiranya saya memerlukan tunai, kita hanya perlu menjualkan beberapa keping Dinar sekadar jumlah tunai yang diperlukan sahaja, dan pada bila-bila masa kita mempunyai sejumlah wang yang tidak digunakan, maka adalah sangat baik jika menukarkannya kepada 1 Dinar sebagai tambahan kepada simpanan Dinar yang sedia ada. Dengan cara ini, kita bukan sahaja menyimpan, bahkan kita juga membuat pelaburan kerana simpanan kita tetap berganda dari masa ke semasa apabila ditukarkan kepada tunai kelak.


3- Rantai Emas Pelaburan 22k ~ 10g, 20g, 50g dan 100g.

Produk rantai ini dikenali sebagai produk i-series atau i-jewellery. Ianya dikeluarkan khusus bagi tujuan gadaian di mana2 Ar-Rahnu yang menawarkan pajakan dalam bentuk barangan kemas. Justeru, rekabentuk kesemua produk ini sama sahaja dan ianya lebih padu dan tumpat berbanding emas perhiasan sebenar. Sekiranya anda berhajat untuk membeli emas dan menggadaikannya semula, produk ini boleh dijadikan sebagai pilihan . Pada saya produk ini perlu ada pada setiap pelabur, kerana ia sebagai kad kredit, jika sesak /tiada duit/perlu duit segera ia boleh dipajak (rahnu) di Agrobank atau Bank Rakyat.

Sehubungan dengan itu, Jika anda mahukan pelaburan emas dalam tempoh masa pertengahan (Mid Term) dan dalam masa yang sama mahu memiliki emas bagi penggunaan dan simpanan tambahan semasa, maka anda boleh membeli rantai ini terlebih dahulu, kemudian anda boleh membuat proses gadaian di Ar-Rahnu. Tunai hasil gadaian tadi boleh digunakan untuk membeli emas 1 Dinar pula bagi tujuan penggunaan semasa disamping untuk menampung kos upah simpan pada setiap 6 bulan sekali. Cara ini sdapat menggandakan jumlah emas yang anda miliki.


PERAK
1- Perak Bar 999.9 ~ 250g, 500g dan 1000g (1 kg)

Perak atau Silver lebih sesuai bagi tujuan pelaburan jangkamasa panjang iaitu sekitar 2 tahun ke atas. Walaupun kenaikan harga Silver lebih tinggi berbanding emas, namun kadar spread nya agak tinggi berbanding emas selain ianya tidak boleh digadaikan. Justeru, ia lebih sesuai bagi matlamat pelaburan yang ingin dicapai dalam jangkamasa melebihi 2 tahun.

Sebagai contoh, katakan Ali bercadang untuk menunaikan Haji 5 tahun dari sekarang dan beliau mempunyai simpanan sebanyak RM5,000.00, maka wang itu boleh digunakan bagi membeli Silver Bar dengan variasi pecahan 250g x 5 RM5000.00. Katakan kenaikan Silver setahun pada kadar 50%, maka dalam masa 5 tahun nilai Silver yang dibeli telah meningkat sebanyak 250% kepada RM17,500.00. Dalam ertikata lain dengan hanya RM5,000 sahaja beliau sudah boleh menunaikan Fardhu Haji berbanding sekiranya beliau menyimpan di dalam Tabung Haji dengan kenaikan 8% setahun.

Ini adalah cadangan berdasarkan apa yang saya praktikkan sahaja,anda bebas membuat pilihan.

Thursday, 20 October 2011

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...

Assalamualaikum, hari ini seperti beberapa hari yang lalu momentum harga emas dalam keadaan chopy and range trading. Terdapat banyak ruang untuk membuat belian. Gunakan peluang ini sebaik mungkin. 

Tuesday, 11 October 2011

HARGA SEMASA PUBLIC GOLD

Seperti kita maklum terdapat beberapa harga live website-website emas perak termasuk Public Gold menghadapi masalah. Sementara masalah itu belum selesai sila lihat pada jadual harga di sebelah.
Jika mengahdapi masalah untuk membuat pesanan, sila sms saya, nama penuh, no IC, no HP dan barang yg diingin di lock serta harga semasa  di nombor telefon berikut ;-013-2452406.
Sila nyatakan juga tempat anda ingin mengambil stok nanti. Bagi  dealer saya, sila beri nombor PG code. Terima kasih.

Sunday, 2 October 2011

MASA PALING SESUAI UNTUK MEMBELI

Pada 26 September seperti air terjun emas jatuh menjunam, apa yang berlaku sebenarnya? Mengikut beberapa analisis pakar pasaran emas mengatakan ini adalah kesan Stok market Crash -  Wall Street jatuh 5 hari berturut2 begitu juga dengan ekonomi Eropah dan Asia yang merundum. Ramai penganalisis pasaran mengatakan ianya ada kaitan dengan penjualan besar2an utk mengambil keuntungan dan ada yg mengatakan ada pihak yang manipulasi pasaran. Laporan dari commodities mengatakan pelabur terpaksa menjual emas untuk menutup atau mengimbangi kejatuhan saham-saham yang lain. Apakah tindakan kita. bagi yang mempunyai duit .. inilah masa yang paling sesuai untuk membeli. Jika anda tidak mahir menganalisis pasaran  anda boleh membeli menggunakan teknik cost averaging dimana  membeli sedikit2, sebab kita tidak tahu  hingga tahap mana harga boleh jatuh atau naik. Tetapi jika anda  agak harga murah dan pada masa ini mungkin anda boleh lock beberapa keping. Setelah itu anda campurkan jumlah yg anda kena bayar dan bahagikan dengan jumlah belian anda, maka anda akan dapat harga purata bukan? 
Jika harga emas dan perak berterusan jatuh,  jangan panik dan menjual kedua-dua komoditi emas dan perak milik anda. Ini adalah kerana harga komoditi ini, lambat laun akan naik jua, InsyaAllah. Correction harga ini mungkin berlaku selama beberapa minggu atau bulan, tetapi dalam jangkamasa panjang, harga emas dan perak akan menembusi harga tertinggi yang pernah mereka singgah, InsyaAllah. Memandangkan krisis kewangan dunia yang tiada noktah penyelesaian pada saat ini, mungkin kita akan melihat correction kali ini tidak lah terlalu lama.

Tuesday, 13 September 2011

Hubungi saya

Kepada pembaca yang dihormati :-
Anda boleh hubungi saya untuk khidmat nasihat percuma dengan :-
  - telefon - 013-2452406
  - bagi kawasan Taiping, Kuala Kangsar dan Ipoh boleh tetapkan tarikh dan tempat perbincangan.

DEALER/ EJEN

Cara atau langkah untuk menjadi ejen atau dealer Public Gold.


1-    SMS nama penuh, no IC, No Akaun Bank (MBB/PB) alamat Email
       & Item yang mahu dibeli ke 013-2452406.


2-    Saya akan lock item yang anda mahu berdasarkan harga semasa
       Public Gold dan saya akan email kan Purchase Order kepada anda.


3-    PG akan call anda untuk pengesahan dan Sales Order akan di Email
        kepada anda.


4-    Setelah bayaran dibuat, Email kan resit pembayaran ke
        payment@publicgold.com.my /        fax ke 04-6464916.
        Nyatakan No Sales Order anda di dalam slip bayaran tersebut.


5-   Hubungi PG Penang 04-6441835, minta sambung ke Payment Dept.
      dan semak jika mereka telah menerima resit bayaran anda.


6-   Minta mereka berikan approval dan nyatakan cawangan mana
       anda mahu collect stock.


7-   Hubungi cawangan tersebut dan nyatakan bahawa anda mahu collect
      stock untuk Sales Order No PGx-xxxxxx.
      Minta mereka sediakan Invoice dan Delivery Order.


8-   Bawa bersama resit bayaran asal, salinan IC dan salinan muka
      depan buku akaun bank untuk  pembayaran komisyen ketika hendak
      mengambil stock. Minta dan isi borang pendaftaran Dealer serta
      kepilkan bersama salinan IC dan salinan muka hadapan buku akaun bank.


9-   Collect Stock anda dan mulakan perniagaan!!

Sunday, 4 September 2011

SEKADAR BERKONGSI MAKLUMAT PERGERAKAN HARGA EMAS

Graf pertama (dipetik dari forex broker G.Gema) 
Graf ini menunjukkan jangkaan  pergerakan harga emas hingga hujung tahun ini. Emas dijangka menuju 2011 USD. Pergerakan emas yang naik turun ini memberi peluang untuk mengaut keuntungan jangka pendek dengan menjual pada harga tinggi. Namun begitu dalam perjalanan menuju kepuncaknya beberapa correction dan pullback akan berlaku dan inilah masa dan peluang pembeli untuk menambahkan stok.
Graf kedua(dipetik dari Hisham-seorang penganalisi emas) 
menunjukkan jangkaan  pergerakan harga emas minggu ini. Pada minggu lepas walaupun emas berada pada paras uptrend, namun ia tidak berjaya melepasi 1911usd. Sokongan untuk terus uptrend telah berkurang pada minggu ini.Berdasarkan graf emas dijangka akan membuat pullback bila-bila masa sahaja, ini membuka peluang kepada anda untuk membeli emas. Jadi selalulah pantau harga emas pada minggu ini, kemungkinan untuk pullback agak tinggi.

Wednesday, 3 August 2011

EMAS KALIS INFLASI - TUKAR SIMPANAN KEPADA EMAS

Selamat menyambut bulan Ramadhan, semoga bertambah amalan di bulan mulia ini dengan harapan ianya berterusan dihari-hari mendatang kemudiannya.
Semenjak kebelakangan ini ramai yang bertanya bila pula harga emas akan turun. Nampaknya makin ramai yang mula berminat beli emas, tapi nak tunggu harga turun itu yang payah sikit, sebab emas ini nak turun susahlah  tapi nak naik senang je.... Dari dulu, saya dah kata terutama pada rakan-rakan, beli emas, beli emas, sebelum ia menjadi terlalu mahal dan diluar kemampuan kita. Jika hendak membeli tetapi tidak cukup modal, kalau ada kemudahan pinjaman peribadi, buatlah, kita ni beli rumah buat pinjaman, beli kereta buat pinjaman, tapi bila nak beli emas takut nak buat pinjaman, sedangkan kita tahu emas semakin naik.  InsyaAllah dengan kenaikan harga emas, mungkin kita boleh settle pinjaman kita beberapa tahun akan datang, bukan itu saja malah dapat lagi baki emas dalam tangan. Pasti Untung.

Belilah emas dan perak sebelum harganya menjadi terlalu tinggi untuk anda beli. Dengan hutang US yg bertambah dengan setiap detik, InsyaAllah kita dapat melihat kenaikan harga emas dan perak yang mungkin meroket tidak lama lagi. 
Sekarang harga emas mula menuju  USD1700/oz. Agak sukar untuk harga turun semula. Harga makin meningkat itu ada.  Jadi, bagi yang belum beli. Beli sekarang. InsyaAllah, pelaburan anda tidak sia-sia. Lindungi kekayaan anda dengan  emas dan jadikan ia kalis inflasi. Suatu  yang harus kita sedar, RM kita disandarkan kepada Dolar US, goncangnya  dollar Us  kita kena tempiasnya. Dengan laporan yang dikeluarkan selepas debt ceiling deal US semalam, kemungkinan besar semua harga barang akan naik. Bersedialah anda dengan krisis ekonomi dunia yang sudah mula terjadi.
Apa ditunggu lagi
Dengan emas dan dinar
Kita Bangunkan Ekonomi Ummah

Sebenarnya kita yang dok fikir  emas mahal. Tapi Korea dah tak fikir lagi kerana mereka sedar menyimpan wang fiat tak kan ke mana. Cuba baca berita di bawah : The Korea Herald
The Bank of Korea said Tuesday it bought 25 tons of gold in the June-July period ― its first purchase since the 1997-98 financial crisis. The purchase touched off speculations about its motives at a time when gold prices are hitting record highs. The central bank said the purchase over the past two months had raised its gold holdings to 39.4 tons, valued at $1.32 billion as of end-July, a dramatic increase from $0.08 billion the previous month.


“The country’s foreign reserves have surpassed $300 billion this year and the domestic foreign exchange market remains stable, improving conditions for the central bank to increase its gold holdings,” Suh Bong-gook, head of investment strategy team at the BOK, told reporters late Monday.
“The purchase of gold is also expected to reduce investment risks in managing foreign reserves due to the diversification effect.”
p/s : Saya amat menghargai sokongan dan sebarang pertanyaan anda kepada saya! Anda boleh membuat temujanji dengan saya untuk berbincang tentang pelaburan emas. Anda juga  boleh hubungi saya 013-2452406  atau emailkan ke  emastaiping@gmail.com

Thursday, 28 July 2011

PAKEJ BARU PROMOSI RM 15 000 JADI DEALERS

Assalamualaikum, emas dijangka akan membuat correction minggu depan, ini adalah peluang untuk anda menambah koleksi emas anda untuk simpanan masa depan. Jangan lupa hubungi saya  untuk mendapatkan info emas dan perak.
Untuk hari ini saya ingin berkongsi sedikit promosi Ramadhan dan Hari Raya tahun ini, Oleh kerana ramai yang berminat untuk jadi rakan niaga emas dan perak Public Gold telah memperkenalkan PAKEJ BARU iaitu dengan pembelian  minimum  RM 15 000 sahaja bagi set barang kemas terpilih keluaran PublicGold (PG) anda akan bergelar PUBLIC AUTHORIZED DEALERS dan  layak mendapat 1% pendapatan bulanan bagi setiap belian anda!

Wednesday, 20 July 2011

PELABURAN TERBAIK DARI PUBLIC GOLD UNTUK SITUASI SEMASA

Salam Sejahtera untuk pembaca sekelian, baru-baru ini Public Jewellery telah melancarkan produk baru yang dinamakan i-Jewellery (Islamic Jewellery) yang ketulenannya dijamin pada kadar 22k (916.0) pada harga semasa yang lebih rendah dan mengikut harga pasaran antarabangsa.

Produk ini boleh didapati dengan berat 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram. Produk ini mengutamakan pengekalan ketulenan kandungan emas 24k nya, Justeru reka bentuknya tidak serumit seperti Public Jewellery yang biasa dan ianya lebih sesuai untuk pajakan di Ar-Rahnu.

Selain itu, spread atau beza harga Jual dan Beli nya juga diturunkan kepada hanya 10% sahaja dan untuk maklumat harga semasa boleh dilihat seperti yang dipaparkan di bahagian kanan blog ini di bawah harga Silver  Bar. Sesiapa yang nak menyandarkan wang nya kepada emas dan mahu membuat pajakan Ar-Rahnu, jom beli sekarang sebelum harga emas naik lebih tinggi!
Ini merupakan peluang kepada anda untuk menambah nilai kepada wang anda, anda tak perlu kaya atau banyak wang  untuk memiliki emas, cuma anda perlu bijak. Katakan anda mempunyai simpanan Rm. 8500.00, apa yang anda perlu lakukan ialah beli  i-jewellery bernilai  50gm kemudian buat pajakan ArRahnu. Hasil pajakan boleh digunakan untuk belian emas lagi atau untuk kegunaan semasa namun pastikan anda mempunyai komitmen yang tinggi untuk membuat bayaran ansuran pajakan  anda secara berkala Ingat  anda perlu perancangan yang teliti dan disiplin yang tinggi dalam menguruskan kewangan anda.

hubungi saya segera - 013-2452406
Marilah kita warisi emas dan dinar
kepada anak cucu kita kemudian hari
 kerana emas dan dinar emas tetap
 bernilai dulu kini dan selamanya...

Monday, 4 July 2011

MID YEAR AND A NEW SEASON -- WITH NEW TRENDS COMING


Analisis bulan July  2011 ----- Artikel Daripada  Gold Trends..... 
GOLD and the 21st Century Bull Market
The long term price trend of gold remains intact and firm. But what lies ahead for the second half of the year? Perhaps the greatest trader and chartist of all time W.D. Gann said -- if you want to know what price is going to do ---- look to see what it has already done. Jim Sloman has commented --- THE STEEPER THE RISE --- THE MORE LIKELY you will get repetition. While there are many forecasts on what gold will do ------ should the GOLD market continue what it has been doing for 11 years ---- then it should rise about 33 months -------------and then take a break ---- and then the next big leg begins.
While we follow price more than we try and predict it ----- if price follows what it has been doing since the beginning of this bull market --- then we should not be surprised if gold takes a break near this LONG TERM price point. Not that it has too --- but if gold keeps doing what it has been doing --- we should EXPECT Some type of consolidation at the very least a little longer. The good news is that the bull is far from complete.

On a seasonal and MEDIUM TERM BAISIS we posted this chart during right around the first of June explaining a likely time for a SEASONAL pullback was June...........for the simple reason is that is what gold has done a lot of times in the past. Not every time ---- but by time one gets to May/June --- it is the most likely time for a pullback.
On average -- we should expect pressure into the middle of July as an ideal target ... but once in a while it does wait until the Oct/November time range. Such was the case in 2008 when gold kept rallying until almost August. The first target date for a seasonal low would be the middle of July. Until then ---- we could see more weakness.
 
 
 
Marilah kita warisi emas dan dinar
kepada anak cucu kita kemudian hari
 kerana emas dan dinar emas tetap
 bernilai dulu kini dan selamanya

Friday, 1 July 2011

CARA BELIAN

UNTUK PEMBELIAN BIASA
1.SMS nama penuh, no IC, alamat Email & Item yang mahu dibeli ke 013-2452406.
ATAU
Telefon menyatakan maklumat di atas.
ATAU
Emailkan maklumat di atas ke umihakim01@gmail.com
2. Saya akan lock item yang anda mahu berdasarkan harga semasa Public Gold dan saya akan email kan Purchase Order / Sales Order kepada Anda.

UNTUK MENJADI EJEN
1. Mesti membeli item bernilai Rm 20,000.00 - item boleh dipilih  antara produk public gold seperti dinar, jongkong atau barang kemas.
2. SMS nama penuh, no i/c, alamat email, item yang mahu dibeli, di cawangan mana hendak mengambil stok ke 013-2452406.
ATAU
Tuan / Puan  juga boleh menalipon saya 013-2452406 memberikan maklumat tersebut.
ATAU 
Emailkan maklumat Tuan/Puan kepada saya  (umihakim01@gmail.com)
  
2.Saya akan lock item yang anda mahu berdasarkan harga semasa Public Gold dan saya akan email kan Purchase Order / Sales Order kepada Anda.
3.Public gold akan menalipon Tuan/Puan untuk pengesahan dan sales order akan diemailkan kepada anda.

4. Setelah bayaran dibuat, emailkan resit pembayaran ke payment@publicgold.com.my / fax ke 04-6464916  . Nyatakan No Sales Order Tuan/Puan di dalam slip bayaran tersebut.
5.Buat pengesahan bayaran melalui telefon dan buat temujanji bila akan mengambil stok.
ITU SAJA  ....ANDA TELAH MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT DALAM PELABURAN ...
.............SELAMAT MELABUR...............

Sunday, 26 June 2011

TAMBAH NILAI PADA SIMPANAN ANDA

‘Anda mahu mencari wang atau mencari keuntungan dari tabungan?

Aktiviti menabung adalah sesuatu yang amat baik, cuma pada masa kini tidak semua kegiatan menabung mampu memberikan keuntungan.  Jika tersalah pilih aktiviti tabungan kita, ia boleh menjadi aktiviti membuang wang. Secara umumnya ramai yang menyimpan wang mereka di dalam bank kerana lebih selamat dan mendapat tambahan pulangan berbentuk faedah. Adakah cara ini menambahkan kuantiti wang atau menambahkan keuntungan?.
Cuba kita lihat pengiraan di bawah untuk menjawab persoalan di atas?
Nilai tabungan pada 2010                      Rm  100,000
Kadar faedah diperlehi                          Rm     8,000
Jumlah tabungan 2011                           Rm  108,000
Tolak zakat 2.5%                                     (Rm   2,700)
Jmlah tabungan selepas zakat                Rm105,300
(pertambahan bilangan wang)
(-)pengurang kuasa beli wang 4%             (Rm  4,320)   (Inflasi)
 kuasa beli wang                                                Rm 100,980


Secara umumnya kita mengira keuntungan melalui bertambahan bilangan, hakikatnya kita harus mengira keuntungan melalui kuasa beli wang tersebut. Sekarang anda dapat jawapan dari soalan tadi, menyimpan wang pada masa kini hanya menambah bilangan wang tapi menyusutkan kuasa beli wang tersebut. Apabila menyimpan wang, anda akan mengalami kerugian.
Justeru, cara tabungan bagaimana yang boleh menambahkan keuntungan? Jawapannya adalah menabung dengan Dinar Emas / Jongkong emas. Purata kenaikan emas setiap tahun adalah 34%. Jika anda menyimpan nilai dinar emas/jongkong emas bernilai Rm100,000 pada tahun 2010, tahun berikutnya nilai dinar emas/jongkong emas anda telah berganda kepada Rm134,000. Ini menunjukkan kuasa beli dinar anda telah meningkat sebanyak Rm34,000 dari tahun sebelumnya.
Berbalik kepada soalan pertama tadi ‘Anda mahu mencari wang atau mencari keuntungan dari tabungan? Jika anda bijak, pasti anda memilik untuk menabung dinar emas/jongkong emas sama seperti saya.


Marilah kita warisi emas dan dinar
kepada anak cucu kita kemudian hari
 kerana emas dan dinar emas tetap
 bernilai dulu kini dan selamanya...

Sunday, 22 May 2011

POTENSI PELABURAN EMAS

POTENSI  PELABURAN EMAS
Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham."           (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)

Graf - Harga Emas Dunia 5 tahun


Pelaburan Jangka Masa Panjang & Pendek :-

è  Dalam Jangka masa panjang emas sentiasa naik


è  Dalam jangka masa pendek ia berubah boleh dimanipulasikan.


è  Anda boleh menggunakan konsep beli semasa harga murah, jual waktu harga tinggi.


è  Dalam masa 5 tahun emas telah naik sebanyak 220.75%, secara purata 44.15 % setahun.


è  Emas boleh dipajakkan jika perlu wang segera untuk kegunaan.


è  Benarlah kata orang dulu .. beli emas tidak rugi.




Perbandingan Emas dengan Dollar



·         Simpanan emas menguntungkan.

·         Dollar (sama juga dengan RM) semakin lama nilainya  semakin menurun  manakala emas semakin lama di simpan nilainya semakin naik.


Inflasi untuk emas 0% !!
Marilah kita warisi emas dan dinar
kepada anak cucu kita kemudian hari
 kerana emas dan dinar emas tetap
 bernilai dulu kini dan selamanya...