Monday, 15 September 2014

CARA BELIAN  EMAS PUBLIC GOLD

Cara belian yang paling mudah, contact saya  (013-2452406) atau mana-mana dealer Public Gold yang anda percaya. Bagi segala maklumat yang diperlukan iaitu:-

 (1) nama penuh,

 (2) no. i/c,

 (3) no. telefon,

 (4) email, 

 (5) item yang nak dibeli,

 (6) tinggal / kerja area mana untuk kenalpasti cawangan

       Public Gold terdekat dengan anda. 

 (7 ) Kemudian  selesaikan bayaran terus akaun Public Gold 
(8)dan ambil emas terus dari pejabat Public Gold terdekat.
(9) Kalau tak dapat contact dealer untuk lock harga masa harga emas tengah ‘cantik’, follow steps di bawah ni. 
(10) Tapi kalau pernah berdaftar dengan Public Gold (i.e. pernah beli atau jual terus di office Public Gold), ikut steps dalam artikel “Cara Login Website Public Gold“.

 Langkah Membeli Emas Public Gold


Langkah #1 : Register di Website Public Gold
Langkah #2 : Lock Harga (Place Order)
Langkah #3 : Buat Bayaran
Langkah #4 : Ambil Emas

Langkah #1 : Register di Website Public Gold


cara beli emas public gold - 01
Skrin #1: Pergi ke web www.publicgold.com.my, dan klik “Login”.
cara beli emas public gold - 02
Skrin #2: Klik butang “Register”.

Skrin #3: Masukkan maklumat peribadi. Letakkan maklumat dealer sebagai introducer anda. Ini penting sebab dealer tu nanti akan bantu anda follow-up dengan Public Gold bila diperlukan. Kalau nak saya jadi introducer anda, letakkan nama “Umi Kalsom bt Abdul Majid“, kod “PG00“, no. telefon “013-2452406“.


Wednesday, 7 May 2014

DUNIA EMAS HARI INI

Daily Gold Report Wednesday May 7th, 2014
Sean Lusk
Walsh Trading
June Gold settles 1288.9, down $19.70
Gold prices extended earlier losses on Wednesday after Federal Reserve Chair Janet Yellen said the U.S.economy is improving in prepared remarks to Congress. Speaking to Congress' Joint Economic Committee, Yellen says she expects low borrowing rates will continue to be needed for a "considerable time." Earlier on Wednesday, Russian President Vladimir Putin said he was ready to discuss a way out of the Ukrainian crisis with the head of the Organization for Security and Co-operation in Europe. In Ukraine, both sides have been burying their dead as the country slides further towards war, with supporters of Russia and of a united Ukraine accusing each other of tearing the country apart. On the wider markets, European stocks edged lower as a sell-off on other markets unsettled investors. Despitethe large sell-off, today was purely technical as the daily high at 1315.0 rubbed up against weekly resistance, while the low for the session traded down to the weekly pivot number before bouncing near the close.
Daily Swing #s GCM14 May 8, 2014
Resistance#2- 1319.0
Resistance#1- 1313.8
Pivot- 1309.1
Support#1- 1303.9
Support#2- 1299.2

Berdasarkan report di atas sekarang masa yang sesuai untuk membeli emas. Hari ini harga emas lebih kurang  USD 1286 masa membeli ..jom beli

Monday, 30 July 2012

Salam Ramadhan untuk semua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti selalu, maaf, dah lama tidak menulis, apa-apapun saya ingin pembaca melihat satu perkara yang agak penting  dalam pelaburan emas iaitu  SPREAD.  Untuk memahami spread, kita juga perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan WE SELL dan WE BUY.

Maksud WE SELL dan WE BUY.

Apabila kita ingin membeli emas katakan  produk Public Gold. Kita akan membeli dengan harga We Sell,( Public Gold menjualnya dengan harga 'We Sell') dan sekiranya kita ingin menjualnya pada masa yang sama,kita akan menjual dengan harga We buy (Public Gold akan membelinya dengan harga 'We Buy').




Maksud SPREAD.

Spread bermaksud perbezaan antara harga jual emas dan harga beli emas. Jika anda lihat pada Public Gold Price di laman web www.publicgold.com.my, dipaparkan harga 'We Buy' dan 'We Sell'. Perbezaan harga tersebutlah yang dikatakan spread...
Untuk memaksimakan keuntungn kita perlulah bijak memilih syarikat manakah yang menawarkan spread yang paling rendah. Pada saya Public Gold merupakan salah satu syarikat terbaik  yang mempunyai spread yang rendah. Selain memilih syarikat yang menawarkan spread yang rendah, jenis emas itu sendiri mempunyai spread yang tersendiri.


Bagaimana mengira Spread:-



                                 Harga jual (PG sell) - Harga beli (PG buy) x 100
                                                      Harga jual (PG sell)

Sekarang mari kita  lihat Berat emas  dan jenis emas dengan spreadnya.

Lihat jadual di bawah mengenai spread emas Public Gold.

JADUAL HARGA  PADA SELASA 31/07/2012 (11.16 AM)


Berdasarkan jadual yang dilampirkan spread memainkan peranan penting kerana Ia memberikan anda lebih banyak pilihan jualan semula dan menjana keuntungan pelaburan.

Contohnya, sekiranya saya diberi pilihan antara membeli 10g goldbar 999.9 dan 1 dinar. Saya akan lebih memilih 1 dinar.
Kenapa ya? Sebab susut nilai yang lebih rendah dan potensi pulangan pelaburan yang lebih baik. Saya turut mempunyai lebih banyak pilihan samada menjual semula kepada Public Gold secara "buying price" atau menjual kepada pelanggan secara "selling price". Ini pilihan yang wujud dalam situasi harga emas sekarang.

Berbanding sekiranya saya memilih 10g goldbar 999.9, saya terpaksa menunggu sehingga harga mencecah 10% untuk medapat kembali modal asal dan hanya mempunyai satu sahaja pilihan iaitu jualan semula kepada pelanggan secara "selling price" yang kadangkala harganya akan ditekan pelanggan dan kecenderungan merasa pelaburan emas tahun 2012 tidak berbaloi lebih tinggi.

Justeru, dalam situasi sekarang pertimbangan "spread" adalah penting dalam pelaburan jangka masa pendek. Ini bagi memastikan anda mendapat pulangan pelaburan yang memberansangkan dan pilihan yang lebih terbuka. 
Akhir kata, Selamat Menunaikan ibadah puasa - jangan lupa hubungi saya untuk nasihat dan pembelian emas   Kak Umi (Master Dealer Public Gold  tel : 013-2452406)

Sunday, 12 February 2012

BILA MASA KITA SEPATUTNYA MEMBELI.

Maaf, dah lama tak menulis dalam blog, sebuk sangat dengan tugasan awal tahun di-samping beberapa masalah lain yang perlu diutamakan. Penulisan kali adalah berdasarkan pengalaman saya dalam bidang ini,  semasa saya mula melibatkan diri dengan pelaburan emas, saya kurang arif dan selalu bertanya kepada senior yang pakar dalam bidang emas …pernah membeli emas pada harga kemuncak kerana dinasihatkan oleh beberapa pakar bidang emas yang mengatakan beli saja emas, jangan bimbang  zaman  Firaun pun mereka beli emas tanpa tengok graf….emas tetap naik . Memang  benar emas tetap naik dalam jangka masa panjang tetapi apabila kita  membeli pada masa kemuncak ….. kesannya sangat perit bila tiba-tiba harga emas jatuh  kerana kita kena tunggu lama untuk  menjual emas kita. Dengan penerangan ini diharap pembaca tidak membuat kesilapan  dalam pelaburan emas.
 Apapun kali ini saya ingin mengajak pembaca melihat  satu perkara yang cukup penting dalam pelaburan emas iaitu  bila masa kita patut beli.Sebagai contoh saya gunakan statistik bulan januari 2012. Sila perhatikan statistik dibawah mengenai kenaikan harga emas dalam 30 hari.  Hebat kan! Jangan tak percaya.  Ini yang dikatakan  timing dalam pelaburan emas,  timing  mestilah tepat. Jangan  tersalah timing dengan membeli pada waktu kemuncak . Dalam mana-mana pelaburan pun kita kena bijak bertindak.




Berdasarkan graf  telah membuktikan kebenaran. Harga emas telah meningkat sekitar 10.48% dalam masa sebulan. Perhatikan dan fahami dengan lebih baik istilah timing dalam pelaburan. Ini kerana jika anda perhati  dan telitikan harga emas  telah jatuh mendadak  sebelum Krismas tahun lalu dan sebenarnya itulah masa yang terbaik untuk membeli emas.  Bukankah  lebih baik anda  membeli pada masa rendah  pada ( 02 Jan 2012 - 1562 USD ) dan  jual semula emas   anda harga yang lebih tinggi umpamanya pada  02 feb 2012  di mana emas berada pada 1759 USD (kenaikan sebanyak  12.6% dalam masa  satu bulan).  Anda semestinya memperolehi keuntungannya hari ini jika anda telah bertindak sebulan yang lepas. Kenaikan harga emas ini telah dapat mengatasi  dividen ASB, KWSP, Tabung Haji mahupun saham amanah yang lain  bukan? …
Saya seperti juga anda akan belajar dari kesilapan masa lampau, Apapun masa yang lepas usah dikenang. Belajar, dan teruslah mencari  ilmu dalam bidang ini  sehingga kita mencapai kejayaan. Hubungi saya untuk  pembelian  dan nasihat  pelaburan emas  anda….. 013-2452406…. Semoga suksess selalu….

Wednesday, 4 January 2012

STRATEGI 5B UNTUK PELABURAN EMAS DAN PERAK

 Ini merupakan petikan dari strategi 5B yang diperkenalkan oleh Pokli dan akan saya ulas minggu berikutnya.

Apa itu Strategi 5B?
Strategi 5B adalah satu strategi khusus untuk pelabur Emas & Silver keluaran Public Gold dimana ianya merangkumi 5 kaedah unik yang telah dipermudahkan bagi kefahaman dan penguasaan menyeluruh bagi semua lapisan masyarakat dan peringkat usia.
2- Apakah kaedah-kaedah unik tersebut?
Ianya adalah kaedah untuk mengenalpasti;
- Bila Nak Beli
- Bila Nak Jual
- Berapa Banyak Nak Beli
- Berapa Banyak Nak Jual
- Bila Nak Beli Semula
3- Apakah manfaatnya mengetahui kelima-lima kaedah ini?
Dalam pelaburan Emas & Perak fizikal, saya mengkategorikan konsep pelaburannya kepada 4 bahagian, iaitu :

Konsep pelaburan melalui simpanan secara berkala dan konsisten, pulangannya melalui Pemurataan Nilai Ringgit (Dollar Cost Averaging).
Konsep pelaburan bermatlamat, pulangannya melalui kenaikan nilai semasa (Capital Gain).
Konsep Trading, pulangannya melalui kenaikan harga semasa (Buy Low, Sell High).
Konsep pelaburan melalui modal pinjaman tunai, pulangannya melalui Pemurataan Nilai Ringgit (Dollar Cost Averaging).

Dalam kebanyakan masa, para pelabur lebih cenderung kepada Konsep Trading, kerana cara ini memberikan Aliran Tunai yang baik dan juga memberikan keuntungan dalam jangkamasa pendek dan sederhana.

Saya sendiri dalam kebanyakan masa mempraktikkan konsep ini. Namun masalah yang dihadapi oleh para pelabur lain adalah mereka gagal meraih keuntungan daripada konsep ini kerana bila mereka mula membeli, harganya tiba-tiba turun pula disebabkan mereka tidak tahu "Bila Nak Beli".

Ada yang membeli pada harga rendah, dan apabila harga Emas naik, sepatutnya mereka dah untung jika mereka menjualnya, tapi tak sempat jual harga dah turun semula disebabkan mereka tak tahu "Bila Nak Jual".

Lebih parah lagi, kegagalan mengurus modal kewangan untuk mempraktikkan konsep ini, akan menyebabkan mereka tidak tahu "Berapa Banyak Nak Beli". Justeru, bila harga Emas tiba-tiba turun, belian pertama dengan amaun yang paling bayak digadaikan dan digunakan untuk membuat belian tambahan ketika harga rendah. Bila turun lagi, ia digadaikan lagi menyebabkan lama kelamaan belian pada harga paling rendah semakin kecil. Ini membuatkan pelaburan Emas fizikal yang sepatutnya tidak menggunakan Margin Equity, kini menjadi pelaburan yang menggunakan Margin Equity dan setiap kali harga Emas turun, Equity mereka semakin susut!

Kegagalan mengurus modal kewangan dalam konsep ini juga mengakibatkan ramai yang tidak tahu "Berapa Banyak Nak Jual". Biasanya mereka akan menjualkan kesemuanya sekaligus, dan kesannya mengakibatkan persoalan pada B yang ke lima iaitu;

"Bila Nak Beli Semula", kerana bila semuanya telah dijual, dan harga terus menerus naik, maka mereka bukan sahaja tiada untung jika ingin membeli lagi, bahkan mereka perlu menambah wang lagi untuk membeli dalam kadar yang sama seperti sebelumnya.

Bukan itu sahaja, "Bila Nak Beli Semula" juga sangat mengelirukan dalam situasi harga Emas sedang turun. Kebanyakan pelabur membeli semula setiap kali harga Emas turun RM1, RM2 dan RM3, menjadikan bila harga menjunam turun sampai RM50, mereka dah kehabisan modal untuk membeli lagi.

4- Adakah kaedah 5B ini sama seperti Analisis Teknikal?

Tidak sama sekali. Dalam menganalisis pasaran, ada 4 perkara yang perlu dikuasai, iaitu;
Analisis Teknikal
Analisis Fundamental
Pengurusan Kewangan
Pengurusan / Kawalan Emosi
Dalam strategi 5B ini, keempat-empat perkara diatas telah dipermudahkan dan dicompile menjadi satu Strategi Taktikal yang amat mudah difahami dan dikuasai hanya menggunakan beberapa formula pengiraan sahaja.

Dengan strategi ini juga, semakin banyak harga Emas turun, maka semakin banyak keuntungan yang diperolehi menyebabkan pelabur yang mempraktikkan strategi ini tidak akan risau dengan penurunan harga kerana ianya adalah bonus untuk keuntungan yang lebih banyak.

Strategi ini sesuai dan menguntungkan baik untuk Dealer ataupun bukan Dealer, tetapi avantage kepada Dealer kerana % komisyen yang diperolehi akan memberikan keuntungan yang lebih tinggi.

Sunday, 11 December 2011

MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN 13 ~ 15 OKT 2011

PROMOSI  AKHIR TAHUN RANGKAIAN EMAS TAIPING

HINGGA  20 DISEMBER 2011

NEW DEALER  - HADIAH  RM.100.00
PRIORITY DEALER - HADIAH RM 500.00 

 

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas.
Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:

Syarat Umum Jual Beli

1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu  pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.

Pihak Yang Berakad

2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:

i. Baligh, berakal dan rasyid

Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.

ii. Keredhaan

Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.

iii. Harga Belian (al-Thaman)

3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.

iv.  Barang Belian (al-Muthman)

4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleyang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.
6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:

i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.

ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.

iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999).
Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.

Sighah

7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.

8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.

9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi

5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu  dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:

i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.

ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.
Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.

Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:

Syarat Pertama: Taqabudh

11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c. Pembayaran secara cek peribadi
d. Pembayaran secara kad debit
e. Pembayaran secara kad kredit
f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.
Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.
Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.

13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.

14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.
Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.

Syarat Kedua: Secara Lani

15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.

16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang
secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.

17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari.
Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.
Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.
Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:
Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:

i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.

ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.

iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.

iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.
Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.

Akad Dan Unsur Sampingan

18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.

19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.

20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.

21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.

22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

Saturday, 26 November 2011

HARGA TURUN NAIK - PELUANG PELABURAN JANGKA PENDEK

Apakah teknik yang sesuai digunakan semasa harga turun naik dengan cepat. Teknik yang patut digunakan ialah beli masa harga rendah dan jual masa  harga tinggi. Ini yang dikatakan keuntungan jangka pendek dalam pelaburan emas. Untuk melakukan teknik ini ada perlu membeli jenis emas yang sesuai dan cepat naik seperti 1 dinar. Sila lihat harga beli hari ini. Harga belian  dari Public Gold  ialah Rm 764.00  dan harga jualan kepada public gold pula ialah 718 (bezanya cuma Rm 46.00). Pada 14 hingga 18 november harga jualan pada public gold 1 dinar mencecah  lebih dari Rm 750.00. Jadi kita tidak perlu menunggu 6 bulan untuk mendapat untung, tidak lama lagi harga we buy atau jualan balik kepada public gold akan mencecah Rm 784. 00 ataupun lebih. Masa ini anda jual saja dinar  tersebut dan ambil untung ulangi proses ini bila harga rendah simpan sekejap bila naik lebih  jualkan.









 Mari kira untungnya:-

Sebagai New Dealer
26/11/2011  - beli  20 dinar = 20 x 764  =Rm 15280.00

26/12 katakan harga Rm 784 = 20 x 784 = Rm 15680.00
keuntungan = Rm 400.00 + komisen atas jualan dan komisen atas belian

Bagi seorang  new dealer komisen atas belian ialah 1% dan komisen atas jualan ialah  0.5%

1% atas belian   =  Rm 152.80
0.5% atas jualan = Rm   78.40

Keuntungan Anda ialah  Rm 400.00 + Rm  152.80 + Rm 78.40   = Rm 631.20

Sebagai  Priority Dealer

1.5% atas belian   =  Rm  235.20
0.5% atas jualan   =   Rm   78.40

Keuntungan Anda ialah  Rm 400.00 + Rm  235.20 + Rm 78.40   = Rm 713.60

Sebagai  Master Dealer

2%  atas belian      =  Rm  313.60
0.5%  atas jualan   =   Rm   78.40

Keuntungan Anda ialah  Rm 400.00 + Rm  313.60 + Rm 78.40  = Rm 792.00

Jadi  mari segera menjadi dealer di bawah rangkaian emas taiping, saya akan membimbing anda supaya mendapat keuntungan dengan perniagaan emas ini.

ps***Kalau emas turun harga jangan jual ; kalau perlu duit pajak /Arrahnu saja rantai iseries (rujuk artikel emas mana yang patut dibeli). Oleh itu saya seringkali menasihati pembeli emas supaya turut membeli rantai iseries selain boleh digunakan sebagai perhiasan ia juga bertindak sebagai kad kredit yang boleh digunakan semasa kecemasan. Keuntungan dan kerugian dalam perniagaan emas berlaku  apabila proses jual beli berlangsung. Selagi emas ditangan kita, tidak ada kerugian berlaku..anda boleh  Arrahnukan emas tersebut. selamat melabur. hubungi saya segera   013-2452406.