Semasa saya mula melibatkan diri dengan perniagaan emas dan perak saya tidak tahu emas mana yang patut dibeli, namun pengalaman, pemerhatian dan kajian mengenai emas maka saya mula mengenali jenis dan emas yang manakah patut dibeli.
Pemilihan jenis dan berat emas yang hendak dibeli adalah bergantung kepada matlamat pelaburan dan tujuan penggunaanya di samping itu keadaan ekonomi kita sendiri juga perlu diberi perhatian.
Semua faktor ini perlu diambilkira semasa membuat pilihan jenis emas dan sudah tentu faktor ini berbeza diantara satu individu dengan individu yang lain. Berikut adalah produk keluaran public gold dan cadangan pembeliannya :
EMAS
1- Emas Bar 999.9 ~ 10g, 20g, 50g, 100g dan 250g.
Emas Bar ataupun Gold Bar lebih sesuai dipilih bagi tujuan pelaburan dalam tempoh masa pertengahan ( Mid Term ) iaitu sekitar 1-2 tahun. Sebagai contoh, katakan anda mempunyai simpanan tunai Rm 10,000.00 dan ingin digunakan untuk membayar deposit kereta dalam masa 2 tahun dari sekarang, maka adalah sesuai wang tersebut digunakan untuk membeli Gold Bar seberat 20g.
Dengan membeli emas seberat 50g dengan pecahan variasi 20g x 2 dan 10g x 1 berbanding 50g x 1 dengan membuat perkiraan sekiranya berlaku kenaikan harga emas sebanyak 25% setahun, maka kenaikan selama 2 tahun adalah 50%, dan pada ketika beliau hanya perlu menjualkan emas 20g x 1 dan 10g x 1 sahaja untuk mendapatkn tunai sebanyak RM10,000.00 yang ingin digunakannya. Dengan cara ini, beliau masih mempunyai sekeping emas 20g dalam simpanannya yang telah meningkat nilai sebanyak 50% dan ianya boleh digunakan pada masa akan datang bagi tujuan penggunaan yang lain pula. Berbanding jika beliau membeli hanya sekeping 50g, pemilihan seperti ini lebih menguntungkan lagi.
2- Emas Dinar 916 ~ 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar.
Dinar Emas lebih sesuai digunakan sebagai simpanan dan penggunaan bagi keperluan semasa, sekiranya ada lebihan wang, maka adalah lebih berfaedah jika wang tersebut ditukar menjadi Dinar emas, sebaiknya 1 dinar .
Pada bila-bila masa sekiranya saya memerlukan tunai, kita hanya perlu menjualkan beberapa keping Dinar sekadar jumlah tunai yang diperlukan sahaja, dan pada bila-bila masa kita mempunyai sejumlah wang yang tidak digunakan, maka adalah sangat baik jika menukarkannya kepada 1 Dinar sebagai tambahan kepada simpanan Dinar yang sedia ada. Dengan cara ini, kita bukan sahaja menyimpan, bahkan kita juga membuat pelaburan kerana simpanan kita tetap berganda dari masa ke semasa apabila ditukarkan kepada tunai kelak.
3- Rantai Emas Pelaburan 22k ~ 10g, 20g, 50g dan 100g.
Produk rantai ini dikenali sebagai produk i-series atau i-jewellery. Ianya dikeluarkan khusus bagi tujuan gadaian di mana2 Ar-Rahnu yang menawarkan pajakan dalam bentuk barangan kemas. Justeru, rekabentuk kesemua produk ini sama sahaja dan ianya lebih padu dan tumpat berbanding emas perhiasan sebenar. Sekiranya anda berhajat untuk membeli emas dan menggadaikannya semula, produk ini boleh dijadikan sebagai pilihan . Pada saya produk ini perlu ada pada setiap pelabur, kerana ia sebagai kad kredit, jika sesak /tiada duit/perlu duit segera ia boleh dipajak (rahnu) di Agrobank atau Bank Rakyat.
Sehubungan dengan itu, Jika anda mahukan pelaburan emas dalam tempoh masa pertengahan (Mid Term) dan dalam masa yang sama mahu memiliki emas bagi penggunaan dan simpanan tambahan semasa, maka anda boleh membeli rantai ini terlebih dahulu, kemudian anda boleh membuat proses gadaian di Ar-Rahnu. Tunai hasil gadaian tadi boleh digunakan untuk membeli emas 1 Dinar pula bagi tujuan penggunaan semasa disamping untuk menampung kos upah simpan pada setiap 6 bulan sekali. Cara ini sdapat menggandakan jumlah emas yang anda miliki.
PERAK
1- Perak Bar 999.9 ~ 250g, 500g dan 1000g (1 kg)
Perak atau Silver lebih sesuai bagi tujuan pelaburan jangkamasa panjang iaitu sekitar 2 tahun ke atas. Walaupun kenaikan harga Silver lebih tinggi berbanding emas, namun kadar spread nya agak tinggi berbanding emas selain ianya tidak boleh digadaikan. Justeru, ia lebih sesuai bagi matlamat pelaburan yang ingin dicapai dalam jangkamasa melebihi 2 tahun.
Sebagai contoh, katakan Ali bercadang untuk menunaikan Haji 5 tahun dari sekarang dan beliau mempunyai simpanan sebanyak RM5,000.00, maka wang itu boleh digunakan bagi membeli Silver Bar dengan variasi pecahan 250g x 5 RM5000.00. Katakan kenaikan Silver setahun pada kadar 50%, maka dalam masa 5 tahun nilai Silver yang dibeli telah meningkat sebanyak 250% kepada RM17,500.00. Dalam ertikata lain dengan hanya RM5,000 sahaja beliau sudah boleh menunaikan Fardhu Haji berbanding sekiranya beliau menyimpan di dalam Tabung Haji dengan kenaikan 8% setahun.
Ini adalah cadangan berdasarkan apa yang saya praktikkan sahaja,anda bebas membuat pilihan.