Thursday, 20 October 2011

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...

Assalamualaikum, hari ini seperti beberapa hari yang lalu momentum harga emas dalam keadaan chopy and range trading. Terdapat banyak ruang untuk membuat belian. Gunakan peluang ini sebaik mungkin. 

Tuesday, 11 October 2011

HARGA SEMASA PUBLIC GOLD

Seperti kita maklum terdapat beberapa harga live website-website emas perak termasuk Public Gold menghadapi masalah. Sementara masalah itu belum selesai sila lihat pada jadual harga di sebelah.
Jika mengahdapi masalah untuk membuat pesanan, sila sms saya, nama penuh, no IC, no HP dan barang yg diingin di lock serta harga semasa  di nombor telefon berikut ;-013-2452406.
Sila nyatakan juga tempat anda ingin mengambil stok nanti. Bagi  dealer saya, sila beri nombor PG code. Terima kasih.

Sunday, 2 October 2011

MASA PALING SESUAI UNTUK MEMBELI

Pada 26 September seperti air terjun emas jatuh menjunam, apa yang berlaku sebenarnya? Mengikut beberapa analisis pakar pasaran emas mengatakan ini adalah kesan Stok market Crash -  Wall Street jatuh 5 hari berturut2 begitu juga dengan ekonomi Eropah dan Asia yang merundum. Ramai penganalisis pasaran mengatakan ianya ada kaitan dengan penjualan besar2an utk mengambil keuntungan dan ada yg mengatakan ada pihak yang manipulasi pasaran. Laporan dari commodities mengatakan pelabur terpaksa menjual emas untuk menutup atau mengimbangi kejatuhan saham-saham yang lain. Apakah tindakan kita. bagi yang mempunyai duit .. inilah masa yang paling sesuai untuk membeli. Jika anda tidak mahir menganalisis pasaran  anda boleh membeli menggunakan teknik cost averaging dimana  membeli sedikit2, sebab kita tidak tahu  hingga tahap mana harga boleh jatuh atau naik. Tetapi jika anda  agak harga murah dan pada masa ini mungkin anda boleh lock beberapa keping. Setelah itu anda campurkan jumlah yg anda kena bayar dan bahagikan dengan jumlah belian anda, maka anda akan dapat harga purata bukan? 
Jika harga emas dan perak berterusan jatuh,  jangan panik dan menjual kedua-dua komoditi emas dan perak milik anda. Ini adalah kerana harga komoditi ini, lambat laun akan naik jua, InsyaAllah. Correction harga ini mungkin berlaku selama beberapa minggu atau bulan, tetapi dalam jangkamasa panjang, harga emas dan perak akan menembusi harga tertinggi yang pernah mereka singgah, InsyaAllah. Memandangkan krisis kewangan dunia yang tiada noktah penyelesaian pada saat ini, mungkin kita akan melihat correction kali ini tidak lah terlalu lama.